the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM selesai siasatan Op Sky dan Op Sohor, beberapa individu akan didakwa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyelesaikan siasatan terhadap kes rasuah berprofil tinggi merangkumi Op Sky dan Op Sohor dengan beberapa individu akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyatakan kira-kira 20 pegawai bank akan didakwa di mahkamah di bawah Akta SPRM 2009 pada hujung bulan ini atau awal Oktober melalui Op Sky.

“Kes ini pun telah selesai disiasat dan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata usaha untuk mendapatkan semula wang lebih RM200 juta sedang digerakkan oleh SPRM di bawah Op Sky.

“Akan ada pihak (lain) bakal dituduh di mahkamah kerana tidak bersetuju untuk membuat pemulihan ini,“ katanya.

SPRM sebelum ini membekukan 98 akaun syarikat dan individu bernilai RM22.07 juta dalam siasatan pengubahan wang haram hasil daripada kegiatan rasuah.

Mengenai Op Sohor, Azam berkata siasatan kes telah selesai dengan empat pegawai kanan ATM akan didakwa di mahkamah.

Seorang lagi pegawai akan dikemukakan laporan tatatertib kepada Kementerian Pertahanan manakala enam orang awam masih dalam penelitian Timbalan Pendakwa Raya.

Sebanyak 11 individu ditahan dalam kes berkenaan yang melibatkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai-pegawai kanan ATM.

Mengulas berkaitan Op DBKL, Azam berkata empat individu ditahan termasuk seorang pegawai kanan gred jusa B manakala 16 individu telah dirakam percakapan.

“Siasatan hampir lengkap dijalankan dan kes ini akan dikemukakan dalam tempoh terdekat kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan-cadangan pertuduhan,“ katanya.

SPRM sebelum ini menyita wang tunai lebih RM200,000, empat peranti telekomunikasi, dan dua unit kenderaan mewah dalam siasatan kes itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings