the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan tiga individu bantu siasatan rasuah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pengurusan tertinggi sebuah badan berkanun milik kerajaan kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di Kedah, Isnin lepas.

Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Kedah.

“Suspek utama yang merupakan Timbalan Ketua Eksekutif dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

“Suspek disyaki menerima sejumlah wang rasuah melalui akaun syarikat milik isterinya sebagai balasan kepada kelulusan kerja-kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di Kedah,” katanya.

Menurut sumber, kesemua individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar semalam dan perintah reman selama tiga hari hingga hari ini telah dikeluarkan oleh Majistret Eliana Ismail.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings