the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suka duka raikan Deepavali jauh dari keluarga di luar negara

KUALA LUMPUR: Di Malaysia, Deepavali atau Pesta Cahaya bukan sekadar perayaan keagamaan, tetapi turut melambangkan perpaduan, tradisi dan perkongsian memori yang menjadi jambatan kepada pelbagai budaya di negara ini.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu dan menetap di luar negara, ketibaan Deepavali membangkitkan rasa rindu kepada kaum keluarga dan nostalgia sambutan di tanah air.

Antara mereka ialah L. Deveeshwaran, 25, seorang anggota polis bantuan berpangkalan di Singapura, yang menyifatkan sambutan Deepavali pada 31 Okt ini sebagai suram, kerana baru sahaja kehilangan nenek tersayang yang meninggal dunia awal tahun ini.

“Datuk dan nenek merupakan tonggak keluarga kami, terutama ketika perayaan. Mereka yang menurunkan tradisi. Tahun ini saya berasa amat sedih kerana nenek sudah tidak lagi bersama-sama kami,” katanya kepada Bernama.

Kongsinya, setiap kali sambutan Deepavali, neneknya akan menghabiskan masa berjam-jam di dapur menyediakan pelbagai juadah enak seperi muruku, nei urundai (bebola gi atau minyak sapi) dan athirasam, namun kini semua itu hanya tinggal kenangan.

“Lazimnya kami akan bangun awal pagi untuk mandi minyak dan nenek akan pastikan kami mulakan hari dengan upacara sembahyang.

“Namun ini bukan tentang makanan atau ritual, sebaliknya tentang nenek, tentang kasih sayangnya dan kisah-kisah yang diceritakan oleh nenek kepada kami. Tanpa nenek, sambutan Deepavali tidak lagi seperti dulu,” kongsinya.

Sementara itu, A. Vikesh Varma, 23, pelajar bioteknologi tumbuhan di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengimbau pengalaman menyambut Deepavali semasa program pertukaran pelajar di Indonesia dua tahun lepas.

“Perasaan bercampur baur… ada rasa gembira, ada rasa sedih. Mujurlah saya turut membawa bersama pakaian tradisional yang dapat saya pakai ketika sambutan itu. Justeru, walaupun tidak bersama keluarga, saya dapat meraikan perayaan tersebut dengan orang di sekeliling saya,” katanya.

Menurut Vikesh, walaupun sambutannya tidak sama seperti di Malaysia, dia masih dapat merayakan budayanya itu bersama-sama pelajar berketurunan India dan rakyat Indonesia yang ingin mengetahui tentang festival tersebut.

Tambahnya, berada jauh dari sisi keluarga membuatkan dia lebih menghargai susur galur budayanya selain mengajar dia bahawa sambutan Deepavali boleh diraikan di mana-mana sahaja, bukan di kampung halaman semata-mata.

Bagi L. Thenu, 24, seorang pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik di University of Southampton, United Kingdom, kali pertama meraikan Deepavali di luar negara agak menggentarkan, namun rakan-rakan memastikan sambutan itu istimewa buatnya.

“Kami melawat kuil di London yang agak sesak dan bersembahyang sebelum menikmati makanan India di luar kuil. Apabila balik ke rumah, kami sediakan makanan bersama-sama,” katanya.

Thenu dan rakan-rakannya membuat perancangan dari awal termasuk juadah yang ingin dimasak, menjadikan segalanya berjalan lancar.

“Kalau di kampung, orang lain yang sediakan untuk saya, tetapi di luar negara segalanya dilakukan sendiri oleh saya dan kawan-kawan, termasuk merancang, memasak dan mengadakan majlis kecil. Memang menyeronokkan,” kongsinya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings