the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Pahang ingatkan rakyat berwaspada hadapi musim tengkujuh

Sultan Pahang titah rakyat berwaspada musim tengkujuh, berhati-hati dengan risiko banjir, pokok tumbang dan kesan Ribut Tropika Senyar.

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat di negeri ini supaya sentiasa berwaspada ketika menghadapi musim tengkujuh.

Baginda bertitah agar rakyat terutamanya mereka yang berada di kawasan berisiko, peka terhadap keadaan semasa dan mengambil langkah keselamatan bagi diri serta keluarga.

“Saya ingin menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko banjir, supaya sentiasa berhati-hati dengan keadaan pada musim tengkujuh ini, dengan hujan lebat yang turun tanpa henti,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Baginda menekankan ibu bapa atau penjaga perlu memantau anak dan cucu masing-masing agar tidak berlaku perkara tidak diingini.

Baginda turut menekankan kewaspadaan berikutan amaran kesan Ribut Tropika Senyar yang terbentuk di Selat Melaka.

Ribut itu dijangka melanda beberapa negeri di Pantai Barat dan Tengah, termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

“Ini adalah situasi yang jarang berlaku,” titah baginda mengenai hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan risiko banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh.

Baginda berharap semua berhati-hati dan sentiasa berdoa agar dijauhi daripada segala bala bencana dan kemalangan.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru untuk terus melakukan solat hajat di masjid dan di rumah.

Baginda menekankan kepentingan mematuhi arahan pihak berkuasa, termasuk berpindah atau tinggal di pusat pemindahan sementara demi keselamatan.

Baginda turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.

Keadaan hujan meningkatkan risiko bahaya kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, baginda berharap semua pusat pemindahan sementara di negeri ini berada dalam keadaan bersih dan teratur.

Baginda menyeru kerjasama semua pihak dalam menjaga kebersihan, termasuk kemudahan tandas di pusat pemindahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings