the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Pahang zahir rasa gembira empat daerah tersenarai paling bahagia

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa gembira dengan pemilihan empat daerah di negeri ini tersenarai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi 2025.

Baginda bertitah gelaran yang diberikan kepada daerah Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Temerloh itu sememangnya bersesuaian dengan suasana yang dapat dinikmati khususnya di Lipis.

“Saya bangga dengan kejayaan di Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Temerloh. Di Lipis hari ini (semalam), saya lawat bandar, masjid, nampak semua orang senyum dinobatkan dengan gelaran itu, sangat sesuai.

“Rakyat di Pahang sangat bertuah, semoga semua diberkati dan kuat kerja, solat, mengaji dan lain-lain,“ titah baginda yang dimuat naik dalam Facebook Kesultanan Pahang.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Maahad Tahfiz Ar-Rushd (MTAR) di Kampung Tanjung Gahai di sini semalam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Khamis mengumumkan kejayaan 20 bandar berdasarkan Indeks Kebahagiaan Malaysia. Lipis, Cameron Highlands dan Jerantut meraih pengiktirafan bagi kategori Majlis Daerah manakala Temerloh tersenarai dalam kategori Perbandaran.

Dalam pada itu, Sultan Pahang turut menzahirkan hasrat untuk melihat generasi muda di negeri ini membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing tanpa melupakan nilai Islam yang menjadi tunjang kehidupan.

Baginda bertitah antaranya menerusi usaha penubuhan Maahad Tahfiz Ar-Rushd yang diasaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mencerminkan tekad negeri ini dalam memperkasakan pendidikan Islam khususnya dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang.

“Anak-anak Pahang perlu dilatih dengan ilmu moden, teknologi serta kemahiran kepimpinan.

“Tambahan, saya menyambut baik kerjasama yang terjalin antara Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan Mohamed bin Zayed University for Humanities (MBZUH), UAE (Emiriah Arab Bersatu) dalam memperkukuh pendidikan Islam dan tahfiz di negeri ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah kerjasama strategik ini bukan sahaja memberi manfaat dalam memperkasakan kurikulum tahfiz, tetapi juga membolehkan pertukaran ilmu, latihan tenaga pengajar serta pembangunan penyelidikan Islam.

Sementara itu, baginda menzahirkan hajat untuk terus memperkasakan pusat tahfiz, madrasah dan pondok di negeri ini dengan melaksanakan pelbagai pendekatan pendidikan, bertujuan membawa pusat pendidikan agama ini ke arus perdana serta menjadi penyumbang penting kepada kemakmuran Islam di negeri ini.

“Saya ingin sekali lagi menasihati para pengetua pusat tahfiz, madrasah dan pondok supaya sentiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh MUIP bagi tujuan memenuhi amanat saya,“ titah baginda.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings