the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Terengganu berkenan kurnia hadiah pemenang ECIPIT

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan sempurnakan majlis penyampaian hadiah Anugerah ECIPIT YDSM 2025 di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Anugerah EkoCeria Institusi Pendidikan Islam (IPI) Terengganu (ECIPIT) Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) 2025, hari ini.

Turut berkenan berangkat pada upacara berlangsung di Istana Syarqiyyah di sini, ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir pada program tersebut.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan melibatkan Keceriaan, Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan, dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM30,000.

Pada majlis itu, Pusat Tahfiz Tarbiyyah Raudhatul Hijrah di Kemaman diumumkan sebagai johan keseluruhan, diikuti Sekolah Rendah Islam Al-Amin di Kuala Nerus di tempat kedua dan Pusat Tarbiah Nurul Iman Kampung Raja di Besut pada kedudukan ketiga.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM Datuk Mohd Fadli Yusof berkata ECIPIT yang diadakan buat julung kali bertujuan mewujudkan suatu sistem pembelajaran dan pengajaran (P&P) berteraskan kemampanan, keterangkuman, kondusif, komprehensif, selamat dan berinovasi dalam kalangan IPI di Terengganu. — LAGI

Ia selaras dengan tuntutan Islam dan menjadi pelopor kepada konsep pendekatan kelestarian Islam yang meletakkan asas kelestarian dalam semua sudut kehidupan.

“Menjadi hasrat dan harapan YDSM agar semua IPI di Terengganu mempunyai tahap keselamatan, kesihatan, kebersihan, keceriaan dan berinovasi selaras dengan tuntutan agama Islam.

“Insya-Allah ECIPIT akan dianjurkan secara dwitahunan selepas ini. Untuk menjayakan penganjuran kali ini, YDSM membelanjakan sebanyak RM150,000,” katanya.

Beliau berkata penganjuran ECIPIT diyakini dapat menjadi platform penting untuk menilai serta mengiktiraf usaha institusi pendidikan yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek persekitaran sistematik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings