the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suri rumah, dua anak maut kereta bertembung treler

KUANTAN: Seorang suri rumah dan dua anaknya maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler di kilometer 17 Jalan Lipis-Benta, di Penjom dekat Kuala Lipis, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata nahas pada 2.25 pagi itu menyebabkan kesemua mangsa yang menaiki Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mereka yang meninggal dunia ialah Nor Faizah Ridzuan, 34, yang beralamat di Kok Lanas, Kelantan dan dua anaknya Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman, 10, serta Muhammad Hafiy Azman, tiga tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan semasa melalui selekoh menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan dan merempuh treler tersebut.

“Kemalangan menyebabkan kereta itu diseret treler dan merempuh besi penghadang jalan,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan dari ibu negara.

Pemandu treler berusia 48 tahun tidak cedera dalam kejadian itu.

Mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings