the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 13, 2025
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suri rumah rugi RM66,805 ditipu sindiket kerja sambilan dalam talian

Seorang suri rumah kerugian RM66,805 selepas ditipu sindiket tawaran kerja sambilan sebagai penilai produk dalam talian di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah kerugian RM66,805 selepas ditipu sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 37 tahun itu menerima panggilan telefon pada 30 November daripada suspek yang menyamar sebagai wakil platform e-dagang popular.

Suspek menghantar bekas minuman kepada mangsa pada 5 Disember sebagai hadiah dan menawarkan kerja sebagai penilai produk syarikat berkenaan.

Mangsa yang bersetuju dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram dan diberikan tugas memberi ulasan produk.

Namun, mangsa perlu membayar untuk menerima tugasan sebelum mendapat pulangan wang serta keuntungan.

Azli berkata mangsa membuat enam bayaran dari 8 hingga 10 Disember tetapi tidak menerima sebarang pulangan wang atau keuntungan sehingga semalam.

Mangsa membuat laporan polis pada pukul 11 pagi semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories