the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suspek tembak Sungai Golok lakukan serangan bersama adik – polis

Polis dedahkan suspek tembakan maut di Sungai Golok lakukan serangan bersama adik yang masih bebas, kedua-dua dianggap berbahaya.

KOTA BHARU: Suspek yang menembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand, pada Sabtu lepas melakukan serangan itu bersama adiknya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata berdasarkan maklumat, selepas serangan adiknya melarikan diri dan masih bebas.

Beliau berkata kedua-dua mereka dianggap berbahaya kerana mampu menggunakan senjata api dan menembak mangsa dengan kejam.

Maklumat yang diperoleh daripada polis Thailand menunjukkan suspek utama ditahan selepas menyerah diri kira-kira 6 petang waktu tempatan Thailand semalam.

Polis sedang menyiasat mengenai dakwaan suspek dikatakan mempunyai dua kerakyatan.

Mohd Yusoff berkata polis tidak mempunyai rekod melibatkan suspek di Malaysia namun akan melakukan siasatan lanjut berpandukan maklumat yang bakal diperolehi.

Buat masa sekarang pihaknya sedang menunggu maklumat daripada polis Thailand termasuk latar belakang suspek.

Polis turut mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan adik suspek.

Suspek yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

From Global Awards to a Global Stage: OPPO Photography Awards 2025 Conclude with Finale Exhibition in Egypt

CAIRO, EGYPT - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - OPPO today concluded the OPPO Photography Awards 2025 with its Finale Event in Cairo, Egypt, marking the conclusion of this year's global exhibition series.
spot_img

Popular Categories