the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki nombor satu negara

KUALA LUMPUR: Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini milik juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Berdasarkan ranking dunia terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Sze Fei-Nur Izzuddin melonjak empat anak tangga ke tempat ketiga selepas mengumpul 85,916 mata yang merupakan pencapaian tertinggi dalam karier mereka.

Pencapaian ini diperoleh susulan prestasi cemerlang apabila muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lepas.

Sze Fei-Nur Izzuddin, yang membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, tewas 17-21, 21-17, 11-21 kepada pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan.

Selain muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024, Sze Fei-Nur Izzuddin turut merangkul tiga gelaran Jelajah Dunia musim ini iaitu Terbuka Jepun (Super 750), Terbuka China (Super 1000), dan Terbuka Artik (Super 500).

Sementara itu, Astrup-Rasmussen melangkah ke tangga utama ranking dunia dengan 95,003 mata, menggantikan tempat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China, yang turun ke tempat kedua dengan 93,018 mata.

Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 turun satu anak tangga di tempat keenam dengan 82,615 mata.

Dalam kategori beregu campuran, pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mencatat ranking tertinggi dalam karier mereka apabila melangkah ke kedudukan keenam dengan 73,940 mata berbanding tempat kelapan sebelumnya, selepas pencapaian gelaran naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.

Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula mendaki ke tempat ketujuh daripada tangga ke-10 selepas mengumpul 71,470 mata manakala pasangan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping kekal di kedudukan teratas dengan 98,700 mata.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia naik turut memperbaiki kedudukannya apabila menghuni tangga keenam dengan 79,016 mata berbanding tempat kelapan sebelumnya, manakala pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024, Shi Yu Qi dari China kekal mendahului ranking teratas dengan 103,015 mata.

Dalam pada itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan kedudukan mereka di tempat keenam untuk minggu kelima berturut-turut selepas mengumpul 79,016 mata, di belakang Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China yang mendahului carta dengan 102,746 mata.

Bintang Korea Selatan An Se Young terus mendominasi ranking perseorangan wanita dengan 109,267 mata manakala pemain profesional wanita Malaysia Goh Jin Wei di tempat ke-43 dengan 33,898 mata.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings