the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo – Kastam

SEREMBAN: Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Beliau berkata permohonan sebanyak tujuh mesin pengimbas kargo baharu yang lebih canggih termasuk dilengkapi teknologi kecerdasan buatan bagi meningkatkan kecekapan operasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui pemeriksaan kontena di pelabuhan utama negara.

“Permohonan mesin ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sejak 2023, dan kini masih di peringkat perolehan… Memang amat diperlukan tetapi kita kena akur dengan pekeliling perbendaharaan. Jika boleh disegerakan, kami bersyukur.

“Sekarang ini penglihatan tunggal, yang diperlukan adalah penglihatan berganda iaitu lebih canggih. Kita mohon empat mesin untuk Port Klang, satu di Johor dan dua di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita pada Program Ramah Mesra dan Simpulan Kasih JKDM Negeri Sembilan yang turut disertai Pengarah JKDM negeri Muhammad Ilyas Queek Abdullah di Wisma JKDM Senawang.

Dalam perkembangan berasingan, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap seorang anggota JKDM yang didapati melanggar peraturan integriti dengan melakukan hantaran di media sosial.

“Perkara ini masih dalam siasatan, tapi tidak semestinya bersalah. Oleh sebab itu, saya lebih tekankan kesedaran kepada anggota dan pegawai agar lebih berhati-hati.

“Ketika ini kita banyak berikan kesedaran kepada penjawat awam, sebab itu ada Perintah Am dan Perintah Tetap yang perlu dijelaskan. Tidak adil untuk menghukum seseorang itu sedangkan dia tak tahu,” katanya.

Beliau berkata sebarang isu dan aduan pelanggaran integriti akan disiasat oleh Cawangan Integriti dan proses siasatan dilaksanakan sebelum tindakan diambil.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings