the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TFC kekal barisan pemain utama untuk lawan PDRM FC esok

TFC kekal barisan pemain utama untuk lawan PDRM FC esok

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) tidak melakukan rombakan besar dalam barisan pemain untuk menentang PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor esok. 

Pemangku Ketua Jurulatih TFC Tengku Hazman Raja Hassan berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan, terutamanya pemain import ekoran masalah kecederaan dan ditamatkan kontrak lebih awal.

Jurulatih berusia 48 tahun itu berkata sandaran dan tugas penting terpaksa diletakkan pada pemain tempatan untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas kekalahan mengejut 0-2 kepada Penang FC di laman sendiri sebelum ini.

“Kita akan turunkan pemain sama kerana ada yang masih cedera dan pengambilan pemain baharu untuk perpindahan jendela kedua masih dalam proses. 

“Ini mungkin peluang untuk pemain tempatan dan bakat muda kita menyerlah. Saya harap mereka boleh memberi sehabis baik untuk kita kutip tiga mata penuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tengku Hazman turut mengingatkan anak buahnya tidak mengulangi kesilapan mudah yang menyebabkan mereka dihukum dengan jaringan gol lawan, selain perlu bangkit dengan pantas dan mengekalkan semangat juang sehingga tamat perlawanan.

“Kesilapan mudah boleh membuka peluang pasukan lawan menjaringkan gol sekali gus menurunkan semangat pemain.

“Saya mahu pemain lebih berhati-hati dan tidak gopoh kerana kita wajib mendapatkan tiga mata untuk memperbaik kedudukan dalam liga,” katanya.

TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings