Tuesday, November 18, 2025
28.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kematian akibat influenza di Selangor sejak 2024

Selangor catat tiada kematian akibat influenza sejak 2024 walaupun ada lebih 3,000 kes dan 268 kluster jangkitan, kata Exco Kesihatan.

SHAH ALAM: Tiada kematian berpunca daripada jangkitan influenza dilaporkan di Selangor sejak 2024 hingga Minggu Epidemiologi 43/2025 yang berakhir pada 25 Oktober lalu.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaludin berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerima beberapa laporan kematian yang dikatakan berkait influenza semasa lonjakan kes.

“Untuk rekod, sejak 2024 hingga ME 43/2025, tiada kematian yang disahkan sebagai akibat influenza,” katanya di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau menjawab pertanyaan Chua Wei Kiat mengenai jumlah kes dan kematian akibat influenza di negeri itu.

JKNS melaporkan lebih 3,000 kes jangkitan influenza melibatkan 268 kluster dalam tempoh sama.

Tujuh puluh peratus kluster tersebut membabitkan jangkitan di institusi khususnya berkaitan pendidikan.

Kerajaan negeri melaksanakan program imunisasi influenza bagi murid berusia lapan tahun ke bawah di Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Klang.

Program advokasi dan kesedaran awam mengenai pencegahan influenza akan dipergiat melalui Pusat Khidmat Masyarakat.

Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan program imunisasi influenza untuk petugas kementerian dan warga emas berisiko tinggi.

Sebanyak 37,000 dos vaksin disediakan bagi Program Imunisasi Influenza Warga Emas di Selangor.

Vaksin ini boleh didapati secara percuma di 82 fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negeri. – Bernama

BACA:

36 kluster influenza direkod di Pulau Pinang setakat ME41

IPT disaran ambil langkah berjaga-jaga kawal penularan influenza

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories