the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia – KPM

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata hal ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan komprehensif peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagaimanapun kementerian sentiasa terbuka untuk sebarang kerjasama dengan pihak swasta dalam memperkasakan laluan TVET KPM.

Menerusi perancangan itu, Wong berkata KPM yakin program TVET di bawah institusi TVET KPM akan memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi program yang berkualiti, selain menampung permintaan kepada program TVET yang dijangka meningkat.

“KPM komited dalam menyediakan akses TVET yang berkualiti kepada semua pelajar dan pelbagai akses pendidikan TVET disediakan KPM sebagai pilihan kepada pelajar berdasarkan minat dan kecenderungan mereka.

“KPM telah menyediakan pelbagai program TVET kepada pelajar lepasan tingkatan tiga yang cenderung kepada kemahiran di kolej vokasional (KV), sekolah menengah teknik (SMT) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr R. Nelson yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk membenarkan pihak swasta mengendalikan SVM bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat susulan penggalakan terhadap pengajian TVET di negara ini.

Menurut Wong, selain program SVM yang ditawarkan di KV, KPM turut menawarkan program TVET seperti Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di SMK serta Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) di SMT.

“Sehingga kini terdapat sebanyak sembilan SMT yang menawarkan MPET, 347 SMK menyediakan PVMA, 491 SMK mempunyai MPV dan 13 SMK menawarkan PIMA di seluruh negara.

“Selain itu, pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional bersama-sama industri dan KV juga dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings