the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga eksekutif pemasaran didakwa cederakan peguam guna besi

GEORGE TOWN: Tiga eksekutif pemasaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang peguam dengan menggunakan besi pada Oktober lepas.

Koay Beng Ghee, 36, Teh Eng Tat, 36, dan Ng Weng Kooi, 41, didakwa bersubahat dengan seorang lagi lelaki yang masih bebas, menyebabkan kecederaan ke atas Beh Hong Shien, 37, menggunakan sebatang besi di tepi Jalan Persiaran Karpal Singh di sini pada 9.50 pagi, 22 Okt lepas.

Ketiga-tiga lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M. Darrshini menawarkan jaminan RM9,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan mereka dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sementara itu, RSN Rayer yang hadir selaku peguam pemerhati memberitahu mahkamah bahawa ia merupakan kes serius berikutan melibatkan seorang peguam dan serangan terhadapnya dilakukan pada waktu siang.

Rayer berkata sebagai Ahli Parlimen, beliau juga telah membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat sebelum ini, selain meminta mahkamah turut mengambil kira terdapat kes peguam yang mati dibunuh di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, peguam Md Yusuf Md Idris yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan rendah iaitu RM3,000 setiap seorang atas alasan kesemua mereka bekerja sebagai eksekutif pemasaran dengan pendapatan RM2,000 sebulan serta menyara keluarga masing-masing.

Beliau turut memohon mahkamah agar tidak mengambil kira status mangsa dalam kes berkenaan kerana menurut Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan ketiga-tiga anak guamnya masih belum dibuktikan bersalah.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan sebelum menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

South Korea drops hardline stance on North’s nuclear arms

Seoul shifts from demanding denuclearisation first to halting North Korea’s nuclear expansion, says unification minister.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings