the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 2, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga lelaki ditahan AADK positif ganja selepas konvoi dari Thailand

Tiga lelaki dari Johor ditahan AADK di Bukit Kayu Hitam selepas ujian saringan positif ganja ketika pulang dari berhibur di Thailand.

BUKIT KAYU HITAM: Tiga lelaki dari Johor antara yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif ganja ketika pulang dari Thailand.

Mereka ditahan dalam operasi sempena Tahun Baharu 2026 kira-kira jam 3 petang di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 23 tahun itu berkonvoi menggunakan motosikal ke Koh Samui, Thailand pada 28 Disember.

BACA: AADK tahan 1,078 penagih dadah dalam Ops Cegah Khas tiga hari

Mereka terpaksa bergegas pulang selepas bapa kepada seorang daripada mereka meninggal dunia.

“Mereka singgah sebentar di Hat Yai dan dipercayai mengambil bahan terlarang itu,” kata Pengarah AADK Kedah Khairul Anwar Ahmad.

Dalam operasi bermula jam 6 pagi itu, sebanyak 15 kereta dan 25 motosikal diperiksa.

Seramai 30 individu diminta menjalani ujian saringan air kencing sebaik memasuki sempadan negara.

Daripada jumlah itu, 13 individu berusia antara 18 hingga 39 tahun didapati positif dadah.

Seorang remaja yang baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia turut positif MDMA selepas pulang dari Danok, Thailand.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Khairul Anwar berkata AADK Kedah akan terus mempergiat operasi melalui Unit Anti Dadah Bukit Kayu Hitam.

“Mereka mungkin hanya bermula dengan suka-suka namun kita bimbang ia membawa kepada penagihan lebih serius,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

CHGP enters 2026 with RM2.3b unbilled sales, expanded residential pipeline

Chin Hin Group Property Bhd expressed confidence in its 2026 outlook, supported by RM2.3 billion in unbilled sales and a growing pipeline that provides clear earnings visibility over the next two to three years. The group expects resilient demand for well-located, mid-market residential products and will focus on disciplined project delivery to convert its existing sales into sustainable earnings.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories