the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki warga asing disyaki terlibat pecah rumah ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki warga asing yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar Subang Jaya menerusi tiga serbuan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketiga-tiga suspek, berusia 20-an, ditahan di Taman Puchong Utama, Kota Damansara dan Taman Sentosa Perdana, Klang.

“Susulan penahanan itu, polis menemukan semula barangan mangsa yang di sebuah rumah di Taman Puchong Utama dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kes berasingan, Wan Azlan berkata seorang lelaki dengan 10 rekod jenayah dan narkotik ditahan kerana disyaki mencuri barangan dalam kereta yang diparkir di Taman Subang Mas.

“Suspek diberkas di Taman Alam Nyata, Shah Alam, bersama barangan curi, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

“Polis menahan suspek di Taman Alam Nyata, Shah Alam serta merampas barangan curi, dengan siasatan mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah dan narkotik serta mengaku terbabit dalam kes ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings