the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi kebakaran Putra Heights, nahas FRU dan UPSi antara insiden duka 2025

Tahun 2025 dirakam dengan insiden tragis termasuk kebakaran gas Putra Heights, nahas FRU di Perak dan kemalangan bas UPSi yang meragut nyawa

KUALA LUMPUR: Tahun 2025 menyaksikan beberapa peristiwa tragis yang menggemparkan negara dan mengundang penilaian semula terhadap aspek keselamatan serta kesiapsiagaan.

Antara insiden paling menggemparkan ialah kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April.

Tragedi itu menyebabkan 81 rumah musnah sepenuhnya dan 81 lagi separa musnah manakala 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar.

Kebakaran saluran gas Petronas itu menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan kemudian mengesahkan tiada unsur khianat, sabotaj atau kecuaian yang menyebabkan kerosakan paip gas tersebut.

Pada 13 Mei, negara dikejutkan dengan kemalangan tragis meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Tragedi kebakaran Putra Heights, nahas FRU dan UPSi antara insiden duka 2025
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 13 Mei. – BERNAMA

Insiden melibatkan trak FRU dengan sebuah lori membawa muatan batu itu turut mencederakan sembilan lagi anggota.

Kurang sebulan kemudian, 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Tragedi kebakaran Putra Heights, nahas FRU dan UPSi antara insiden duka 2025
Kerja-kerja mengangkat bas di lokasi kejadian kemalangan ngeri yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik pada 9 Jun. – BERNAMA

Kemalangan berlaku pada 9 Jun semasa bas yang disewa khas itu membawa 42 penuntut pulang ke kampus di Tanjung Malim dari Jertih, Terengganu.

Laporan awal Pasukan Petugas Khas mendapati kelajuan bas melebihi dua kali ganda had laju ditetapkan sebagai antara punca nahas.

Pada 16 Oktober, pendaki Mustaqqeem Mansoor ditemukan meninggal dunia akibat hipotermia di Gunung Liang berhampiran Tanjung Malim.

Mangsa mengikuti ekspedisi mendaki Trans Slim sebelum dilaporkan hilang dan ditemukan dua hari kemudian.

Setiap insiden ini berkongsi naratif sama tentang kepentingan aspek keselamatan dan empati untuk melindungi nyawa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings