the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mahu media sosial diharamkan bagi kanak-kanak di bawah 14 tahun

KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mahu penggunaan media sosial diharamkan bagi kanak-kanak berumur bawah umur 14 tahun, kedua tertinggi selepas Indonesia, menurut kaji selidik oleh syarikat penyelidikan pasaran global, Ipsos.

Dalam kenyataan hari ini Ipsos mendedahkan bahawa 71 peratus daripada responden Malaysia bersetuju bahawa kanak-kanak bawah 14 tahun perlu dilarang menggunakan media sosial di dalam dan di luar sekolah, manakala Indonesia mencatatkan sejumlah 79 peratus.

Kaji selidik itu juga mendapati 51 peratus rakyat Malaysia bersetuju kanak-kanak pada umur yang sama perlu dilarang menggunakan telefon pintar di dalam dan di luar sekolah, manakala 29 peratus bersetuju mereka juga harus dilarang menggunakan ChatGPT.

Mengenai tanggungjawab mengajar celik digital dan topik keselamatan dalam talian, tinjauan mendapati 56 peratus rakyat Malaysia percaya guru dan sekolah harus memikul tanggungjawab itu manakala 39 peratus bersetuju tanggungjawab itu terletak kepada ibu bapa.

Kaji selidik itu mendapati rakyat Malaysia yakin kualiti pendidikan negara semakin bertambah baik, tetapi kurang daripada separuh menganggapnya sebagai satu sistem kualiti yang baik iaitu 44 peratus rakyat Malaysia menilai kualiti keseluruhan sistem pendidikan di negara ini sebagai baik, manakala 25 peratus lagi menganggap ia sebagai sebaliknya.

Menurut kenyataan itu, ramai rakyat Malaysia percaya bahawa kurikulum harus memberi lebih penekanan kepada teknologi baharu.

“Di Singapura dan Indonesia, pendapat ramai lebih seimbang, dengan sedikit keutamaan untuk kurikulum semasa. Satu daripada lima rakyat Malaysia percaya bahawa teknologi baharu sudah mengambil terlalu banyak ruang,” menurut kenyataan itu.

Kaji selidik itu juga mendapati 42 peratus rakyat Malaysia bersetuju kurikulum sekolah di negara ini memberi terlalu sedikit ruang untuk teknologi manakala 27 peratus berpendapat ruang yang mencukupi dan 20 peratus bersetuju terlalu banyak ruang.

Kaji selidik bertajuk ‘Malaysians’ opinions on technology in education’ itu adalah berdasarkan temu bual dengan lebih 23,754 orang dewasa dalam talian di bawah umur 75 tahun di 30 negara, yang dijalankan dari 21 Jun hingga 5 Julai tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings