the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar : Ahmad Zahid

BAGAN DATUK: Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di beberapa kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami banjir besar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda negara November ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) berkata pembinaan jambatan itu merupakan antara kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir selain penyediaan Pusat Pemindahan Kekal.

Beliau berkata koordinasi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi penguatkuasaan telah diadakan bagi merangka strategi dan pelan tindakan sebagai persediaan awal.

“NADMA menempah jambatan tersebut, juga mengadakan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan Pusat Pemindahan Kekal di sekolah-sekolah yang selama ini telah digunakan sebagai PPS (Pusat Pemindahan Sementara).

“Pusat Pemindahan Kekal yang dibangunkan juga disediakan tandas dan tempat mandi mengikut jumlah senarai potensi mereka yang menjadi mangsa dan ketika bukan musim banjir, ia boleh digunakan sebagai dewan untuk sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata sekurang-kurangnya 67 daerah seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan sering dilanda banjir dan JPBN juga telah memperoleh senarai mangsa banjir yang perlu ditempatkan PPS ketika tempoh Monsun Timur Laut pertengahan bulan ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata kerajaan dalam belanjawan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan hampir RM500 juta bagi program mitigasi banjir dan menjangka projek tebatan banjir akan membabitkan perbelanjaan yang lebih besar pada 2030.

Di Perak, seramai 280 orang mangsa banjir daripada 78 keluarga ditempatkan di empat PPS melibatkan daerah Hilir Perak dan Kerian setakat petang ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings