the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tukar alamat kad pengenalan percuma untuk penduduk Kampung Digital

MELAKA: Penduduk lebih 600 kampung yang disenaraikan dalam inisiatif Kampung Digital kini boleh menukar alamat di kad pengenalan secara percuma. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ini hasil persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan proses penukaran alamat.

“Tahun depan, bila kita ubah enakmen, semua urusan jabatan kerajaan perlu ikut alamat terkini yang telah didigitalkan. Jadi, selepas ini sudah tidak boleh pakai alamat lama ikut perbatuan,“ katanya.

Beliau menegaskan, 50 peratus kos penukaran alamat ditanggung kerajaan negeri, manakala baki 50 peratus lagi ditaja KDN. Penduduk hanya perlu membawa surat pengesahan Kampung Digital untuk memohon.

Tawaran ini terbuka kepada semua penduduk termasuk kanak-kanak dan sah sehingga hujung tahun 2025. Selepas tempoh tersebut, mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan bayaran penuh.

Kampung Digital merupakan projek rintis kerajaan negeri bagi memudahkan pengesanan alamat dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings