the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UMK laksanakan program sekolah angkat madani di SK Raja Bahar

UMK peruntuk RM100,000 untuk program sekolah angkat MADANI di SK Raja Bahar, fokus pada perpustakaan digital dan pembangunan murid

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengenal pasti dua komponen utama bagi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Bahar di sini.

Naib Canselor UMK Datuk Prof Dr Arham Abdullah berkata program itu dilaksanakan menerusi peruntukan RM100,000 yang disediakan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan di bawah inisiatif Sekolah Angkat MADANI.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM80,000 diperuntukkan bagi komponen pertama melibatkan penambahbaikan prasarana pusat sumber sekolah yang akan dibangunkan berinspirasikan konsep perpustakaan digital.

“Baki RM20,000 pula digunakan bagi komponen kedua iaitu pelaksanaan tiga program pembangunan merangkumi pembangunan akademik, pembentukan sahsiah dan program lain yang melibatkan murid serta guru,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI SK Raja Bahar di sekolah berkenaan hari ini.

Arham berkata SK Raja Bahar dipilih sebagai sekolah angkat UMK berikutan komitmen tinggi kepimpinan sekolah, potensi murid yang baik serta sokongan padu warga sekolah.

“Kami yakin dengan bimbingan berterusan serta persekitaran kondusif, sekolah ini mampu menjadi contoh sekolah abad ke-21 yang menggabungkan pembelajaran konvensional dan digital secara seimbang,” katanya.

Arham berkata program berkenaan menjadi wadah kepada UMK untuk menyalurkan kepakaran akademik dan pengalaman universiti ke peringkat sekolah rendah agar manfaat pendidikan dapat dirasai seawal mungkin.

Beliau berkata menerusi kerjasama itu, sekolah berkenaan turut diberi akses pinjaman bahan bacaan secara percuma di Perpustakaan UMK selain perbincangan sedang dijalankan bersama Jabatan Pendidikan Negeri bagi memperluaskan inisiatif itu ke sekolah lain.

“Inisiatif ini membolehkan impak universiti disalurkan secara langsung kepada masyarakat khususnya dalam aspek pinjaman buku dan sokongan pendidikan,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 19 murid SK Raja Bahar menerima bantuan kelengkapan sekolah serta wang tunai RM100 setiap seorang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings