the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UMNO Perlis wujudkan wakil masyarakat di tiga DUN kosong

UMNO Perlis akan lantik wakil masyarakat di DUN Guar Sanji, Bintong dan Chuping yang kosong bagi pastikan kebajikan rakyat terus terbela.

KANGAR: UMNO Perlis akan mewujudkan wakil masyarakat di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kosong bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan terus terbela.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata langkah itu bagi mengelak rakyat di DUN Guar Sanji, Bintong dan Chuping berasa terpinggir.

Beliau menegaskan UMNO tetap akan memainkan peranan sebagai wakil kepada masyarakat meskipun tidak mempunyai kerusi di negeri berkenaan.

“Cuma untuk ketiga-tiga kawasan ini, memandangkan tak ada wakil rakyat, kami akan bagi lebih spesifik untuk kami pastikan rakyat lebih terbela,” katanya.

Kekosongan tiga kerusi DUN itu diumumkan pada 25 Disember lepas selepas keahlian tiga ADUN PAS terhenti serta-merta.

Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan bagaimanapun telah menarik balik pemakluman keperluan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan tersebut.

Rozabil turut mengumumkan UMNO Perlis akan mengadakan program Jelajah DUN di kesemua 15 DUN di negeri itu.

Jelajah itu memfokuskan pemerkasaan jentera parti dan pemantapan hubungan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

“Insya-Allah kami akan adakan finale secara besar-besaran, akan panggil pimpinan (UMNO) Pusat untuk turun hadir,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Water resources and MyCC among key Dewan Rakyat agenda

Long-term plans to enhance water resource capacity, empowerment of MyCC, and age verification for social media accounts are among matters scheduled for discussion today

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings