the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi Ringgit terus mengukuh – Amir Hamzah

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

TUMPAT: Pelbagai usaha bersepadu kerajaan seperti galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), hasil syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang dibawa balik ke Malaysia serta pemantauan penukaran hasil eksport dan import, dilihat membantu prestasi ringgit yang semakin mengukuh.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata prestasi mata wang itu juga bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan membabitkan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sehubungan itu, beliau yakin usaha sedemikian dan pengurusan fiskal yang efisien itu akan terus mendorong peningkatan ringgit pada separuh kedua 2024.

“Sepertimana yang kita lihat, prestasi (nilai) ringgit semalam berada pada sekitar 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Amir Hamzah berkata sehingga Khamis lepas, ringgit juga berada di kedudukan pertama dalam kalangan negara serantau dengan mencatat peningkatan sekitar dua peratus manakala purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan pula meningkat kepada US$17.6 bilion.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img