the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Video tular disunting: Agus

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendakwa video perbualannya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak petang semalam telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau menafikan melakukan perbualan tidak bermoral itu seperti yang tersiar dalam video berdurasi tiga minit dan menjelaskan hanya berbual biasa serta bertanya khabar kepada Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, individu yang berada dalam video tersebut.

“Saya dengan pegawai sudah biasa buat panggilan video dengan orang bawahan untuk urusan kerja di mana-mana. Saya tak nampak di mana salahnya. Wahab (macam) anak kecil sahaja pun, anak sulung saya pun lebih tua daripada dia.

“Apa yang anda nak tahu, adakah ini kali pertama saya buat panggilan video? Saya buat dengan semua, pengarah, kaktangan dengan rakan-rakan, ..saya rasa itu normal, tak ada salahnya,“ katanya dalam satu sidang media khas di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam ini.

Turut serta ketika sidang media berkenaan kakitangan J-KOM yang turut dikaitkan dalam video berkenaan Abdul Wahab yang baru sahaja dua mingggu berkhidmat sebagai Penolong Pegawai J-KOM pada 1 Nov lepas.

Mohammad Agus juga memaklumkan perbualan dengan Abdul Wahab hanyalah perbualan biasa dan santai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan itu mungkin dilakukan oleh pihak yang kurang senang dengannya dan jawatan yang disandang dalam J-KOM.

“Kita sudah belajar banyak pengalaman bagaimana seseorang itu boleh jatuh kerana tuduhan seksual dan sekarang ia berlaku kepada saya,” katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang pagi tadi dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video itu.

Mengulas mengenai kerjaya masa depannya, Mohammad Agus memaklumkan buat masa ini, beliau menghentikan niatnya untuk berhijrah ke Indonesia (tawaran kerja) sementara memberi laluan kepada siasatan kes berkenaan.

“Saya mahu keadilan dan perkara ini disiasat. Saya telah memberi arahan kepada peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan. Rakyat tidak akan lupa kejadian ini, ia telah menjadi sejarah dan telah mencemarkan reputasi saya,”katanya.

Pada masa sama, Abdul Wahab mengakui merekod perbualan itu atas arahan individu Mr H yang turut menawarkan jawatan tinggi dalam J-KOM sekiranya berjaya menjatuhkan Agus.

“Semasa pertemuan saya dengan Mr.H, saya telah diberitahu kononnya beliau telah mendapat info (maklumat) daripada pihak tertentu bahawa Mohammad Agus terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral,” katanya.

Bagaimana, Abdul Wahab menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu, direka, tidak benar dan akan membuat laporan polis tentang pekara ini dalam masa terdekat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings