the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita dihalang masuk IPD Melaka kerana pakaian tidak sesuai

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang wanita diarah pulang tukar pakaian sebelum dibenarkan buat laporan polis di Melaka, mengikut garis panduan etika pemakaian premis kerajaan.

MELAKA: Seorang wanita tidak dibenarkan memasuki pekarangan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini semalam kerana melanggar etika berpakaian yang ditetapkan di premis kerajaan.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkara wanita berusia lingkungan 20-an itu hadir bersama ibunya untuk membuat laporan kemalangan jalan raya.

“Bagaimanapun pegawai polis yang bertugas di pintu hadapan telah memohon mereka pulang untuk menukar pakaian yang bersesuaian sebelum membuat laporan polis memandangkan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata arahan itu selaras dengan surat pekeliling Ketua Setiausaha Negara mengenai penambahbaikan pengurusan perhubungan pelanggan sektor awam.

Wanita itu dan ibunya kemudian kembali ke IPD dengan pakaian lebih sopan dan dibenarkan masuk untuk membuat laporan pada 5.40 petang.

Dzulkhairi menegaskan etika pemakaian bagi orang awam yang ingin berurusan di semua kaunter aduan polis hendaklah mematuhi garis panduan ditetapkan.

Katanya kelonggaran akan diberikan bagi kes-kes melibatkan kecemasan dan memerlukan tindakan pantas polis.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Johor selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke IPD ketika ingin membuat laporan kerana panjang skirt yang dipakai lebih pendek daripada paras lutut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings