the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita dihempap kayu balak ditidurkan

GUA MUSANG: Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara di sini semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.

Abang mangsa Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata adiknya Siti Norelyana, 21, kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira 8 malam semalam dan berada dalam pemantauan rapi petugas kesihatan.

Beliau berkata adiknya akan menjalani pembedahan akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan antaranya tulang belakang, tulang rusuk, hati dan paru-paru.

“Adik saya ditidurkan kira-kira 6 petang semalam dan sekarang ini doktor sedang merawat bahagian usus yang berkemungkinan akan mengalami komplikasi.

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan adik saya dan berharap semua terus kekal berdoa supaya dia dapat pulih,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Azwa berkata mengikut perancangan Siti Norelyana akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini.

Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang dibawa oleh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada turn-table lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings