Wednesday, November 12, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita ditahan polis Thai kes pemerasan sami Buddha

BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang wanita berusia 35 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan melibatkan beberapa sami Buddha kanan. Kes ini turut melibatkan dakwaan penyalahgunaan harta dan pengubahan wang haram.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat (CIB), Mejar Jeneral Polis Jaroonkiet Pankaew, siasatan bermula selepas kes pada 18 Jun melibatkan seorang sami kanan dan bekas Ketua Biara Wat Tri Thotsathep di Bangkok yang didakwa diperas ugut.

“Wanita ini dianggap individu berbahaya yang perlu ditahan tanpa berlengah. Bukti itu terus membawa kepada penangkapannya hari ini,“ kata Jaroonkiet dalam sidang media pada Selasa.

Suspek ditahan di kediamannya di kawasan perumahan mewah di Nonthaburi. Polis menemui bukti pemindahan 380,000 Baht ke akaun peribadinya oleh seorang sami kanan daripada akaun bank sebuah kuil di Ayutthaya.

Siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai hubungan peribadi dengan sami terbabit sejak Mei 2024. Pihak berkuasa juga menemui rakaman video dan bahan lain yang menunjukkan perbuatan pemerasan.

Jaroonkiet menegaskan operasi ini bukan bertujuan mencemar reputasi institusi Buddha, tetapi bagi membendung salah laku dan mengekalkan kesucian agama.

“Sembilan daripada 13 sami yang terlibat dalam skandal ini telah meninggalkan kesamian,“ jelasnya. Siasatan masih berjalan dengan lebih ramai individu dijangka akan dinamakan.

Skandal ini tersebar umum lewat bulan lepas setelah Ketua Biara Wat Tri Thotsathep hilang secara tiba-tiba dan kemudian disahkan telah keluar daripada kesamian. Polis percaya kehilangannya berpunca daripada cubaan pemerasan terhadapnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

8 in 10 people in Singapore delayed medical care to prioritise work and avoid burdening family

According to a new Economist Impact study commissioned by Prudential, 8 in 10 Singaporeans delayed medical care in the past year, often to prioritise work or avoid burdening family. The report, Patient Voices Singapore: Towards More Informed and Seamless Care, identifies cost concerns and uncertainty about where to seek help as key barriers. Experts say greater transparency, guidance, and education on healthcare costs are crucial to help Singaporeans make confident, timely health decisions.
spot_img

Popular Categories