the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita lemas ketika latihan menyelam

ALOR SETAR: Seorang wanita dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di Perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa yang berusia 43 tahun dari Kajang, Selangor itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

“Balai Polis Langgar menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira pukul 2 petang yang memaklumkan mengenai seorang pesakit telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital setelah disyaki lemas ketika menjalani latihan menyelam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings