the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

WFM tagih sentuhan dua juara dunia gegar piala dunia di Jepun

KUALA LUMPUR: Juara dunia, Wong Weng Son (gambar) dan bekas juara dunia, Tan Cheong Min (gambar), bakal menjadi taruhan utama negara untuk menggegar Piala Dunia Wushu 2024 dijadual berlangsung di Jepun, November tahun depan.

Weng Son muncul pemenang emas tunggal negara bagi acara changquan lelaki pada Kejohanan Dunia Wushu 2023 di Texas, Amerika Syarikat, bulan lepas manakala Cheong Min pula merupakan juara dunia sebanyak dua kali kejohanan itu menerusi acara duilian wanita bersama Phoon Eyin dan Loh Ying Ting (Kazan 2017) serta nandao wanita (Shanghai 2019).

Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt berkata kedua-dua mereka itu diharapkan dapat merealisasikan sasaran awal satu emas yang diletakkan kepada kem wushu negara daripada kejohanan berkenaan.

“Selain Weng Son dan Cheong Min, atlet lain yang bakal menyertai Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun nanti adalah Sydney Chin Sy Xuan, Clement Ting dan Calvin Lee,“ katanya kepada Bernama.

Katanya, kesemua mereka merupakan antara lapan atlet negara yang layak beraksi di Piala Dunia Wushu 2024 selepas memperoleh kedudukan lapan terbaik dunia dalam acara masing-masing di Texas, Amerika Syarikat sekali gus menepati kriteria pertandingan yang menetapkan atlet perlu menghuni kedudukan 10 terbaik dunia.

Dalam pada itu, Kim Fatt berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Sukan Negara minggu depan bagi mempertimbangkan hasrat WFM yang mahu menghantar atlet mereka berlatih di China sebanyak dua kali tahun depan.

Katanya, permohonan itu terpaksa dibuat selepas beliau difahamkan MSN hanya meluluskan hanya satu latihan di luar negara untuk atlet WFM pada tahun depan susulan kekangan peruntukan.

“Kami akan berjumpa dengan Ketua Pengarah MSN baharu Abdul Rashid Yaakub untuk berbincang semula rancangan WFM menghantar atlet jalani latihan dua kali di luar negara selepas tahun baharu ini,“ katanya.

Beliau yang merupakan ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 berkata atlet mereka wajar diberi pendedahan sebanyak dua kali di luar negara tahun depan susulan prestasi memberangsangkan sepanjang 2023 termasuk kejayaan merangkul 11 pingat merangkumi satu emas, enam perak dan empat gangsa pada kejohanan dunia di Texas.

Kim Fatt pada masa sama berharap dapat membawa beberapa atlet pelapis berlatih di luar negara sebagai persediaan awal menyiapkan mereka agar benar-benar bersedia menggalas tugas negara pada Sukan SEA 2025 di Thailand.

Sukan SEA 2025 dijadual berlangsung di tiga bandar utama iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Dis, 2025. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings