the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

WHO amaran nyawa 13 pesakit ICU di Hospital Shifa Gaza terancam

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Jumaat bahawa nyawa 13 pesakit unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Shifa, Gaza berada di hujung tanduk susulan bekalan bahan api yang semakin kritikal, sekali gus mendorong sistem kesihatan ke ambang kelumpuhan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sistem kesihatan di Gaza berada pada tahap paling kritikal susulan kekurangan bekalan perubatan, bahan api dan kemasukan berterusan mangsa yang cedera,” kata wakil WHO di Wilayah Palestin yang Diduduki pada sidang media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Richard Peeperkorn memaklumkan bahawa tiada bekalan bahan api yang dibenarkan masuk ke Gaza lebih 120 hari, menyebabkan hospital hampir lumpuh sepenuhnya, dan WHO telah menghantar 3,000 liter bahan api ke Hospital Shifa minggu ini bagi mengekalkan perkhidmatan kritikal, namun keadaan masih teruk.

“Ketiadaan bahan api telah melumpuhkan Hospital Shifa, ditambah dengan kemasukan berterusan mangsa yang cedera,” katanya. “Hospital beroperasi pada kapasiti minimum dan terpaksa mengurangkan perkhidmatan bagi menjimatkan bahan api untuk penjagaan kritikal.”

“Terdapat 13 pesakit di ICU yang bergantung kepada mesin sokongan hayat yang akan terhenti jika bekalan elektrik terputus,” katanya sambil menekankan bahawa katil hospital penuh dan pesakit kembali dirawat di lantai.

Beliau turut menggesa agar “pembunuhan tidak berperikemanusiaan” di Gaza dihentikan dan memaklumkan bahawa beberapa serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini mengenai lokasi yang menempatkan penduduk kelaparan serta yang sedang cuba mendapatkan makanan, mengakibatkan ramai rakyat Palestin terbunuh dan cedera.

Sejak Oktober 2023, dianggarkan 90 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera setiap hari di Gaza, katanya.

Di Kompleks Perubatan Nasser yang kini berfungsi sebagai wad trauma, kakitangan WHO menyaksikan pesakit muda ditembak ketika cuba mendapatkan makanan, termasuk seorang remaja 13 tahun dengan kecederaan di kepala dan dua lagi berusia 16 dan 21 tahun yang lumpuh akibat kecederaan tulang belakang.

WHO juga melaporkan peningkatan kes meningitis dalam kalangan kanak-kanak akibat keadaan sesak, kebersihan yang teruk dan gangguan vaksinasi, kata Peeperkorn.

Hospital kekurangan ujian untuk membezakan virus meningitis daripada bakteria yang boleh membawa maut, meningkatkan risiko salah diagnosis dan menjejaskan bekalan antibiotik yang terhad.

“Hospital tidak dapat beroperasi tanpa bahan api, bekalan atau keamanan,” katanya.

– Bernama, Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings