the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zafrul: Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE

ABU DHABI: Malaysia meramalkan peluang perdagangan dan pelaburan yang luas untuk dimanfaatkan oleh Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

UAE sering menjadi laluan kepada Malaysia untuk memasuki pasaran Asia Barat, katanya sambil memaklumkan bahawa dari segi pelaburan, ketika ini UAE adalah pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.

“Sehingga kini, pelaburan yang dilaksanakan dari UAE berjumlah sehingga US$388.8 juta (RM1.48 bilion) dalam pelbagai projek pembuatan di Malaysia,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pemimpin industri di UAE pada Khamis.

Hadir sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.

Anwar berkata Asean menawarkan potensi besar berikutan mempunyai penduduk sebanyak 678 juta dan kombinasi Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah US$3.7 trilion pada 2022. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings