the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Pindaan perlembagaan Umno bolehkan permohonan keahlian dibuat dalam talian

KUALA LUMPUR: Permohonan pendaftaran keahlian baharu Umno boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas Umno yang dijadual berlangsung esok.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.

“Yang akan dipinda adalah fasal-fasal mengenai permohonan keahlian. Terdapat satu fasal untuk permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Apa yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung luar biasa (khas) adalah meminda fasal itu untuk dijadikan peraturan.

“Jadi apabila ia menjadi peraturan, ertinya Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk meminda peraturan-peraturan dari segi permohonan keahlian. Kami permudahkan walaupun selama ini kami telah pun ada permohonan keahlian dalam talian, tapi kami akan mengimprovisasi kaedah permohonan dan kelulusannya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Laman Media, sempena Perhimpunan Agung Umno 2023 di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merasmikan pavilion kementeriannya selain meluangkan masa meninjau beberapa reruai agensi di bawah kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings