the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aaron: Konvensyen Bahasa Kolokial Kebangsaan akan dilaksana Oktober ini

KOTA BHARU: Konvensyen Bahasa Kolokial Kebangsaan bagi memperkasakan bahasa etnik dan mendokumentasikan kepelbagaian bahasa kolokial di negara ini akan dilaksanakan pada Oktober ini, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata beberapa negeri yang layak akan dipilih untuk konvensyen berkenaan yang akan dilaksanakan secara besar-besaran.

“Sebagai contoh Kelantan berkemungkinan dipilih kerana masyarakat Kelantan menekankan dialek atau lebih popular sebagai ‘kecek Kelate’.

“Kelantan adalah contoh terbaik apabila bercakap tentang perpaduan dan keharmonian kaum kerana rakyatnya merangkumi kepelbagaian etnik serta warisan budaya,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Bicara Bahasa Kolokial Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti ‘Cakno Loghat Kelate’ di sini, hari ini.

Aaron berkata penulisan, ejaan dan sebutan dialek sesuatu negeri itu jika dipilih dalam konvensyen berkenaan akan direkodkan dan dimasukkan ke dalam Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai rujukan kepada generasi yang akan datang.

“Ini merupakan inisiatif ANM dalam mendokumentasikan bahasa kolokial merupakan satu daripada usaha bagi memasyarakatkan warisan negara supaya ia dapat kekal dirujuk dan dihayati oleh mereka (generasi akan datang),“ katanya.

Menurut beliau ANM akan menjadi hab rujukan bahasa kolokial dan budaya etnik di Malaysia.

Aaron berkata hab ANM akan menjadi rujukan pelajar yang disimpan di arkib untuk mereka mengkaji dan mempelajari kepelbagaian bahasa kolokial.

“Oleh itu, hab ANM akan digerakkan untuk turun ke komuniti kampung-kampung pedalaman bagi mengetahui sejarah, asal-usul dan tradisi kampung-kampung (terpilih untuk konvensyen kolokial) untuk didokumentasikan,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah ANM Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata ANM bukan berlawan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka yang memperjuangkan bahasa standard sebaliknya ANM hanya membuat pendokumentasian bahasa.

“Ia adalah usaha ANM untuk mendokumentasikannya kerana ANM melahirkan rasa bimbang bahasa-bahasa etnik akan pupus,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings