the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Maslan: Usaha literasi kewangan perlu dipertingkat seawal peringkat sekolah

KUALA LUMPUR: Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan ‘buta’ dalam pengurusan kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar).

Justeru itu, beliau berkata berharap pengenalan mata pelajaran ‘Kewangan dan Keusahawanan’ dapat direalisasikan sebagai subjek khususnya di sekolah menengah agar golongan muda khususnya mendapat pendedahan dan pendidikan lebih awal mengenai pengurusan kewangan dan keusahawanan sebelum menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dalam satu mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai belia beberapa bulan lepas, yang dipengerusikan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kita di Kementerian Kewangan (MoF) telah mengesyorkan cadangan ini secara rasmi iaitu pendidikan keusahawanan dimulakan di sekolah menengah supaya akhirnya anak-anak yang hanya ada SPM boleh menyara kehidupan dengan lebih baik.

“Jika tidak ada ilmu kewangan dan menjadi sihat kewangan, mereka yang hanya memiliki SPM terpaksa makan gaji dengan gaji yang rendah dan akhirnya menjadi kumpulan B40,“ katanya ketika berucap pada Program Literasi Kewangan ‘Kembara Bijak Wang 2023’ (KBW2023) di sini hari ini.

Ahmad berkata dalam 400,000 ke 500,000 calon SPM setiap tahun, hanya 40 peratus daripada mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), vokasional atau teknikal, diploma dan ijazah ke atas.

Sehubungan itu, beliau berharap Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan (2019-2023) akan diteruskan sebagai usaha mempromosikan tingkah laku kewangan yang bertanggungwajab dan sikap yang positif terhadap pengurusan kewangan.

Program KBW2023 yang dianjurkan buat kali keempat sejak 2019 adalah hasil kerjasama antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan HSBC Malaysia bertujuan meningkatkan literasi kewangan menggunakan pendekatan digital dan menawarkan aktiviti mencabar serta pengalaman yang menyeronokkan.

Program tahun ini melibatkan 3,202 pelajar dari universiti tempatan, politeknik, kolej komuniti dan MySkills Foundation. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DBKL to acquire land to resolve Taman Datuk Senu access road issue

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Fadlun Mak Ujud said checks found that no land acquisition had ever been carried out in the area, resulting in the road, which has long been used by the public, actually being located on private land.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings