the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini

KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu termasuk pengurus bank yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) disyaki terlibat sindiket mencuri wang deposit tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, Khamis ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sembilan daripada mereka akan dituduh di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang manakala seorang lagi mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Beliau berkata ini selepas pasukan penyiasat mengenal pasti wujud elemen kumpulan jenayah terancang dalam sindiket berkenaan yang bertindak bersama bagi mendapatkan faedah material.

“Ini merupakan kali pertama kesalahan jenayah komersial diambil tindakan di bawah SOSMA.

“Pada 22 Julai lepas, Timbalan Pendakwa Raya telah memberikan arahan untuk menuduh, turut dituduh adalah dalang sindiket serta pengurus bank yang bersubahat dalam kegiatan ini,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata siasatan mendapati sindiket itu memulakan perancangan kegiatan sejak hujung tahun lepas dan mula bertindak pada Mac hingga Jun lalu.

“Mereka didapati mempunyai niat dan perancangan yang rapi sehingga berjaya menghasilkan kad pengenalan palsu dipercayai boleh digunakan dalam urusan bank dan mampu memanipulasi alat pengimbas cap jari yang digunakan pihak bank.

“Kita percaya kegiatan sindiket ini telah berjaya dilumpuhkan melalui pertuduhan terhadap 10 individu berkaitan,” katanya.

Pada Jun lepas, media melaporkan seorang petugas bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian lebih RM24 juta.

Susulan itu, 14 individu ditahan termasuk empat pegawai bank dan ahli perniagaan bergelar Datuk di beberapa serbuan di Perlis dan Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings