KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Negeri terlibat Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
Di Perak, ia membabitkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Kelantan hanya di kawasan Jeli.
Keadaan sama diramal melanda Terengganu di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) manakala Melaka di Alor Gajah.
Sementara di Sabah ia meliputi Pedalaman di Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan; Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud); Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu); Sandakan (Beluran); dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).