the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

142 mangsa kebakaran Putra Heights dapatkan khidmat kaunseling

KUALA LUMPUR: Sebanyak 142 mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah mendapatkan khidmat kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak ia mula beroperasi di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Selasa lepas.

Penyelaras PSSS Noor Amira Mohamed Yatim berkata inisiatif yang digerakkan oleh Yayasan Kebajikan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kaunseling, malah turut memberi sokongan emosi kepada mangsa yang mengalami trauma akibat insiden itu.

“Kebanyakan mangsa yang berjumpa kami meluahkan kebimbangan mengenai keadaan rumah mereka dan persekolahan anak-anak sehingga menimbulkan tekanan emosi seperti kemurungan dan keresahan.

“Menerusi sesi bersama kaunselor, mereka dibimbing untuk menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain memberikan sokongan emosi bagi mengurangkan trauma, PSSS juga membantu menyelaraskan bantuan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak.

Noor Amira berkata sebanyak 16 kaunselor bertugas secara bergilir di PSSS yang beroperasi 24 jam.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan lebih ramai mangsa yang memerlukan sokongan emosi termasuk yang tidak berlindung di PPS untuk hadir mendapatkan perkhidmatan disediakan.

Kebakaran melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 mangsa daripada 308 keluarga.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

Setakat 12 tengah hari, 379 mangsa daripada 97 keluarga masih berlindung di PPS Masjid Putra Heights.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings