the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

215,172 majikan ditawarkan diskaun FCLB sempena pelanjutan Bulan Pemutihan hingga 31 Mei – Sim

KUALA LUMPUR: Sebanyak 215,172 majikan yang mempunyai tunggakan faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) ditawarkan pengurangan hingga 50 peratus sempena pelanjutan tempoh pelaksanaan Bulan Pemutihan hingga 31 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata pengurangan itu diberikan kepada majikan sedia ada kecuali mereka yang mempunyai kes tuntutan faedah dan pendakwaan serta yang telah menerima Notis Kompaun seperti gagal mendaftar perusahan atau pekerja dan gagal atau lewat melapor kemalangan.

“Tunggakan FCLB membabitkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dianggarkan bernilai RM100 juta. Sebanyak 198 majikan masih mempunyai tunggakan bayaran kompaun sebanyak RM990,000.

“Peluang ini perlu dimanfaatkan majikan sedia ada bagi mengurangkan beban kewangan. Pesanan saya kepada semua majikan, sila tampil untuk mencarum pekerja anda, selepas 31 Mei, tiada kompromi lagi. Kita akan memastikan sesiapa yang gagal mencarum akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sim berkata pelanjutan tempoh Bulan Pemutihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibuat susulan sambutan menggalakkan dengan peningkatan 40 peratus pendaftaran majikan baharu direkodkan pada April lepas berbanding tempoh sama pada 2024.

Beliau berkata sebanyak 913 notis FCLB melibatkan 433 majikan baharu bernilai RM226,980 telah dikecualikan dalam tempoh Bulan Pemutihan setakat ini.

Beliau berkata majikan yang gagal mendaftar dan membayar caruman PERKESO boleh dikompaun hingga RM5,000 mengikut kesalahan atau dikenakan FCLB pada kadar enam peratus setahun atas setiap hari caruman lewat bayar serta dipenjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Sim berkata satu garis panduan berhubung dasar pertukaran majikan rentas sektor akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Kerajaan akan bagi satu garis panduan tetapi setakat ini ia lebih tertumpu untuk sektor formal sahaja,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memutuskan untuk membenarkan pertukaran majikan pekerja asing merentasi sektor penggajian.

Dasar itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ketiga Belas, Bilangan 1 Tahun 2025.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AGNEZ MO Reunites with Wax Figure and Fans at Madame Tussauds Singapore’s Exclusive Fan Meet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - Madame Tussauds Singapore hosted an exclusive fan meet event on 16 January 2026, featuring international music and entertainment icon AGNEZ MO, bringing fans up close with the superstar in an intimate and memorable setting.

Yongchun Hosts the “Kung Fu Comes From Yongchun” Fashion Industry Promotion Event in Beijing, Showcasing Incense Culture and Intangible Cultural Heritage

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 - On January 17th, amidst Beijing's first snow of the year, the fashion industry promotion event "Kung Fu Comes From Yongchun"warmly commenced at the Fujian Mansion. Centered around Yongchun's intangible cultural heritage, with its iconic incense as the soul and the "One County, One Table of Dishes" Kui Xing Banquet as its medium, the event was jointly hosted by the Fujian Provincial Government Office in Beijing, the CPC Yongchun County Committee, and the People's Government of Yongchun County.
spot_img

Popular Categories