the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

23 kes pokok tumbang di Kelantan sejak Khamis

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan 23 kes pokok tumbang dalam tempoh lima hari sejak Khamis lepas, namun kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata daripada jumlah itu, 10 kes berlaku pada Ahad membabitkan daerah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas.

“Empat kes berlaku pada Khamis iaitu di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu; tiga kes di Kemahang, Machang dan Pasir Mas pada Jumaat manakala tiga kes pada Sabtu di Pasir Mas, Wakaf Bharu (Tumpat) dan Kuala Krai.

“Tiga kes turut direkodkan di Pengkalan Kubor (Tumpat), Tok Bali dan Kota Bharu semalam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Pasukan Emergency Response Team di Padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Kelantan Nik Mohamed Noor Nik Ishak.

Zainal berkata pihaknya turut melakukan pemantauan secara berkala bagi mengenal pasti pokok berisiko tumbang mahupun mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

“Kita akan mengingatkan tuan rumah sekiranya didapati ada pokok berisiko tumbang sebagai contoh, pokok kelapa yang sudah condong… kita akan menasihatkan supaya mengosongkan rumah setiap kali berlaku angin kuat,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, beliau berkata tumpuan diberikan bukan sahaja dari segi keanggotaan serta logistik, tetapi juga pendedahan kepada masyarakat berkaitan keselamatan di air sebagai persiapan berdepan dengan banjir.

“Dari segi latihan, anggota serta logistik telah bersedia, namun sekiranya kita berdepan dengan keanggotaan serta logistik tidak mencukupi, bantuan dari negeri lain akan dimohon. Setakat ini semuanya mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Media semalam melaporkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenal pasti lebih 6,000 kawasan berisiko dilanda bencana termasuk banjir, tanah runtuh dan kepala air di seluruh negara pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img