• 2025-10-04 06:08 PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotila yang berada di dalam tahanan rejim Zionis sejak Khamis, akan dibawa keluar dari Israel hari ini menggunakan sebuah pesawat khas ke Istanbul, Turkiye.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua 23 rakyat Malaysia itu sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon di Selatan Israel.

“Dengan rundingan saya bersama pihak Ketua Risikan Malaysia yang berada di Ankara untuk penyelarasan bersama Duta Besar dan Kedutaan Malaysia di Ankara, lebih baik mereka menginap di Istanbul sekitar satu...satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan daripada tindakan keras dan zalim Israel.

“Saya setuju dan mereka akan berlepas pulang (ke Malaysia) mungkin esok malam ataupun lusa,” kata beliau pada satu siaran langsung di Facebook hari ini- Bernama