the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

244 rumah rosak akibat hujan air batu di Kemaman

CHUKAI: Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman dan kawasan dalam radius kira-kira tiga kilometer di sekitarnya

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Hanafiah Mat berkata ia melibatkan kediaman di sembilan buah kampung termasuk Kampung Tuan, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Besut, Kampung Gong Limau dan Kampung Bakau Tinggi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai berkata tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Gong Pauh disebabkan kerosakan teruk rumah mereka.

“Kampung lain yang terjejas ialah Kampung Kubang Kurus, Kampung Jalan Dato, Kampung Besut 2 dan Kampung Gong Pauh. Kita telah arahkan 17 pasukan kontraktor untuk membaiki kediaman yang rosak pagi ini. Kerja-kerja ini turut dibantu oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin.

“Sementara di sekolah, kerja-kerja gotong-royong pembersihan juga sedang giat berjalan oleh pihak sekolah, NGO Khidmat Malaysia dan komuniti setempat,“ katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata tujuh sekolah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian yang berlaku sekitar 4 petang semalam.

Beliau berkata sekolah terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Seri Kemaman, SK Seri Iman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Chukai, SMK Sultan Sulaiman, SMK Bukit Mentok dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah.

Jelani berkata tiga sekolah telah diberi cuti peristiwa iaitu SMA Al Falah, SK Seri Iman serta SK Seri Kemaman berikutan kerosakan teruk di bangunan-bangunan kelas pembelajaran dan pengajaran (PdP), manakala empat sekolah masih dapat beroperasi kerana kerosakan tidak menjejaskan bilik darjah.

“JPNT telah memohon peruntukan kecemasan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membaik pulih semua kerosakan di tujuh sekolah terbabit,“ katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihak jurutera sedang membuat penilaian kerosakan dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan bagi memastikan sesi PdP dapat diteruskan seperti biasa Ahad depan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings