the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

28,032 mangsa banjir berlindung di 137 PPS di lima negeri setakat pagi ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang pagi ini berbanding 25,763 orang malam tadi, yang ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat daripada 19,423 orang pada pukul 8 malam tadi.

Menurut laporan itu, 37 PPS dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 18,289 mangsa, 19 di Kuala Krai (1,136 mangsa), masing-masing lima PPS di Tanah Merah (327 mangsa) dan Tumpat (1,507 mangsa) serta 118 mangsa berlindung di dua PPS di Gua Musang, setakat 6 pagi ini.

Di Terengganu, jumlah mangsa mencatatkan peningkatan kepada 6,289 orang yang berlindung di 59 PPS pagi ini berbanding 5,983 orang di 60 PPS pada sebelah malam dengan daerah terjejas meliputi Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Pahang turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini kepada 214 orang yang berlindung di lima PPS di Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands, berbanding 206 mangsa pada sebelah malam.

Laporan itu memaklumkan daripada lima PPS yang masih dibuka di Pahang, PPS di daerah Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh dan menempatkan 87 mangsa.

Di Sabah, 31 mangsa ditempatkan di dua PPS di Pitas setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit daripada 30 orang pada 8 malam tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa di Johor tidak berubah dengan 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS di daerah Mersing dan Segamat.

Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Kelantan iaitu Sungai Kelantan Pasir Mas, Sungai Golok Tumpat, Sungai Golok Pasir Mas, Sungai Kelantan Kota Bharu berada pada paras bahaya.

Di Terengganu pula, tiga sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Kemaman, Sungai Dungun dan Sungai Terengganu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings