the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini

KOTA BHARU: Sebanyak 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dilantik Datuk Mohd Amar Nik Abdullah didahului oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud (PAS-Meranti) diikuti dengan sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Terdahulu, Mohd Nassuruddin mengemukakan nama Mohd Amar (PAS-Panchor) sebagai Speaker DUN Kelantan dan Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Bersatu-Kok Lanas) sebagai Timbalan Speaker sebelum disokong Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (PAS-Temangan) yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Majlis angkat sumpah diteruskan dengan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (PAS-Pasir Pekan); diikuti bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat (PAS-Pengkalan Kubor).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, PAS dan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri di Kelantan apabila menang 43 daripada 45 kerusi DUN. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings