the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

56 warga asing ditahan di premis urut sekitar Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 warga asing ditahan dalam satu operasi di lima premis rumah urut sekitar Bukit Bintang di sini atas pelbagai kesalahan antaranya disyaki tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa, pada Rabu lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata turut ditahan dua individu tempatan yang dipercayai penjaga premis.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 50 tahun terdiri daripada warganegera Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan.

“Sebanyak 91 individu terdiri daripada 20 lelaki dan 41 wanita warganegara asing serta 30 warga tempatan telah diperiksa dalam operasi ini. Hasilnya, 56 individu ditahan.

“Lokasi serbuan merupakan premis kedai dua tingkat dan berada di tengah pusat bandar ini adalah agak mencabar kerana laluan masuk ke kawasan premis sesak dengan kehadiran pelancong serta kenderaan sekali gus menyukarkan pergerakan pasukan operasi masuk ke sasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata tindakan penguatkuasaan diambil susulan aduan awam berkaitan warganegara asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan berselindung di sebalik perkhidmatan rumah urut di kawasan tumpuan pelancong tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, di sini bagi tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Ruslin pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings