KUANTAN: Sebanyak 75 rumah mengalami kerosakkan akibat hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Temerloh petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temerloh memaklumkan kejadian pada 5 petang itu menjejaskan rumah penduduk di Taman Sri Kerinau, Kampung Pulau Terap, Taman Pamah Kasih, Taman Pulai Bistari dan Kampung Batu 4 1/2 Jalan Maran.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ke lokasi kejadian untuk pemantauan dan pengumpulan maklumat, selain menyerahkan kit makanan kepada penduduk yang terjejas.