• 2025-07-01 10:07 PM

IPOH: Seorang perunding minyak dan gas mengalami kerugian melebihi RM2.7 juta selepas diperdaya oleh skim pelaburan palsu melalui laman sesawang bernama “Nova 88”.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mangsa berusia 37 tahun itu mendaftar akaun pelaburan pada April 2023 selepas berkenalan dengan suspek melalui WhatsApp.

Mangsa kemudian membuat deposit pertama sebanyak RM30,000 sebelum diberikan ID dan kata laluan untuk mengakses nilai pelaburan.

“Dalam tempoh 11 bulan, mangsa melakukan 136 transaksi ke tujuh akaun berbeza, berjumlah RM2,701,687. Wang itu berasal daripada simpanan peribadi dan keluarga,“ jelas Noor Hisam dalam kenyataan hari ini.

Mangsa mula sedar ditipu apabila diminta membayar yuran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan, namun wang tersebut tidak pernah dikembalikan.

Suspek kemudian hilang hubungan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihati mengelak pelaburan tidak berdaftar atau tidak dikawal selia.