the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ADUN Sidam dilantik ketua pembangkang DUN Kedah

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Bau Wong Bau Ek dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.

Bau Wong, 56, merupakan seorang daripada tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) yang memenangi tiga daripada 33 kerusi DUN Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas.

Beliau menang dengan majoriti 954 selepas meraih 21,859 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Juliana Abdul Ghani yang memperoleh 20,905 undi.

Bau Wong adalah bekas pegawai khas Ahli Parlimen Sungai Petani Tan Sri Johari Abdul bermula 2018 hingga 2022 dan meneruskan khidmat sama kepada Dr Mohammed Taufiq Johari yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, sebelum bertanding dalam PRN yang lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings