the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agensi kerajaan disaran bahagi projek, bantu kontraktor G1

ISKANDAR PUTERI: Agensi kerajaan disaran membahagi-bahagikan projek yang hendak dilaksanakan kepada kontraktor kelas G1 yang sedang berdepan isu kekurangan projek.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah itu susulan peningkatan jumlah kontraktor kelas sama di seluruh negara ketika ini.

“Saya mencadangkan agensi kerajaan memperbanyakkan kerja-kerja untuk kontraktor G1, kerja itu boleh dipecahkan kepada skop lebih kecil, maka daripada satu kontraktor besar yang dapat, kita boleh turunkan kepada beberapa kontraktor G1.

“Kita ada banyak agensi yang boleh buat demikian termasuk Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Selain itu, program khas boleh dilaksanakan khususnya pembinaan lebih banyak dewan, balai raya dan surau di kampung,“ katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia Cawangan Negeri Johor di sini hari ini.

Ahmad berkata dalam usaha memperkasakan kontraktor kelas bumiputera G1 hingga G4, peruntukan berjumlah RM450 juta telah diberi tahun ini membabitkan kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara.

“Agihan projek akan dibuat secara undian bagi memastikan semua pihak mendapat peluang sama rata,“ katanya.

Setakat ini, terdapat 67,300 kontraktor kelas G1 yang dahulunya dikenali sebagai kelas F, dengan daripada jumlah itu 49,162 bertaraf bumiputera.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings