the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah pengorbanan dan jasa warga pendidik harus sentiasa dikenang kerana peranan mereka begitu penting dalam membangun bangsa dan masyarakat.

“Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik kami, ilmu dan bakti kalian akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda berdua.

Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC), Pahang, hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings